Blogger Backgrounds

Thursday, February 26, 2009

~~KhaSiat SesEtenGah Buah~~

Buah Kurma

Buah kurma itu hangat pada darjah yang kedua (kata orang-orang tua), dan ia merupakan sejenis buah yang sangat baik untuk kesihatan serta syahwat. Apabila memakannya di waktu pagi iaitu sebelum sarapan dansebelum memakan sesuatu yang lain, ianya dapat membunuh cacing didalam perut, apatah lagi jika selalu mengamalkannya.

Di samping sebagai buah untuk dimakan, kurma juga bersifat sebagai vitamin untuk menyuburkan badan, menghilangkan penyakit, serta enak dijadikan jus minuman. Kurma ‘ajwah (sesetengah orang memanggilnya kurma nabi) dikatakan sesiapa yang mengamalkan memakannya setiap hari, akan dapat menahan daripada terkena sihir. Tetapi kesan sampingannya ialah, membotakkan kepala jika dimakan setiap hari kerana ia lebih mahal dari kurma biasa :)


Anggur

Sejenis buah yang sangat bermutu, jika disifatkan ia buah, ia boleh dimakan sebagai buah, jika disifatkan ia ubat, bleh dimakan sebagai ubat. Jika disifatkan ia minuman, boleh juga dibuat minuman. Dalam semua keadaan ini, anggur ialah makanan yang sangat bagus dan menyihatkan tubuh.

Sebaik-baik anggur ialah yang banyak airnya dan besar biji didalamnya, yang putih (pudar) lebih baik dari yang hitam. Anggur yang disimpan beberapa hari lebh baik daripada yang baru dipetik.. Ia boleh melembutkan perut dan menguatkan badan.


Pisang

Sebaik-baik pisang ialah yang masak dan manis.

Khasiatnya ialah membersihkan dada (paru-paru) dan usus, juga dapat menyihatkan buah pinggang serta melawaskan pembuangan air kecil.

Pisang juga dapat menambahkan air mani, menggerakkan syahwat dan melembutkan perut. Seelok-eloknya dimakan sebelum memakan makanan lain. Contohnya, makanlah pisang terlebih dahulu sebelum memakan nasi.


Limau Kapas

Kulit limau kapas jika ditaruhkan dalam lipatan pakaian yang disimpan, akan mengelakkan pakaian dirosakkan bubuk atau serangga lainnya. Bau kulitnya jika dicium, akan membuang angin dan kotoran yang membawa wabak dalam tubuh.

Di bawah ini petua orang tua-tua:

Limau kapas apabila dimakan akan mengharumkan bau mulut dan jika dicampurkan dalam kari, akan menjadikan bahan-bahan dalam masakan itu cepat empuk.

Kulitnya jika dibakar, kemudian dicampurkan dengan airnya, disapu pada panau, mudah-mudahan akan hilang panau itu.

Air limau kapas sangat baik untuk menghilangkan loya tekak, menyembuhkan pitam dan menyejukkan perut yang panas. Juga berfaedah untuk menguatkan urat-urat dalam perut disamping menghilangkan dahaga. Pakaian yang terkena dakwat juga dapat dibersihkan dengan mudah menggunakan air perahan limau kapas.

(credit to www.pasirmas.co.cc)

Friday, February 20, 2009

~~haTi-haTi keTika Beli Pisang Goreng~~


actually aku jumpa article ni (keratan akhbar NST) kat www.blalang.com (hot pictures)..
so beware k kpd sape2 yg suka beli pisang goreng..
sbb org yg jual pisang goreng ni masukkan botol plastik n straw dlm minyak panas sblom goreng pisang n keledek, etc..
sbb nk bg rangup hingga berjam2 lamanya..

Thursday, February 19, 2009

..viTamiN B17 in apriCot SeEd can Cure CANCER..

Vitamin B17 dapat merawat kanser..

Dalam Astro Oasis slot Halal Journal baru-baru ini telah diceritakan bahawa penyakit kanser ada ubatnya iaitu vitamin B17 atau juga disebut Laetrile.
Maklumat berguna dalam mencegah atau melawan penyakit kanser. Tak salah kita mencuba. ia adalah natural treatment.
Boleh didapati dari makanan kita yang kaya dengan vitamin B17 terutamanya Apricot seed. Kalu tak de, biji epal hijau (so, kena makan epal dengan biji2nya sekali, ubi kayu pun boleh....

Bagaimana?
1. Improve ur digestive sistem.. try mkn byk prune.. prune ni bagus utk kesihatan.. hehehe..

2. Mkn collagen..soy collagen pon ok.. hehe.. sbb ada kwn aku yg kulit dh jd cantik mkn soy collagen.. hehe

3. Papaya therapy: - rebus 1 @ 2 helai daun betik, biarkan merenah selama 1jam.. then minum air 2.. – blender buah betik skali dgn kulit n biji, then minum jus 2..

4. Biji apricot: -7 hingga 10 biji 1hari.. aku pon xpnah jumpa biji apricot ni mcm mana.. hehe..

For further info regarding 2 this observation, please visit the following links:

makanan yg ada B17 kat Malaysia
vitamin B17

korang search la lagi utk maklumat lanjut..
setiap penyakit yang diberikan Allah pasti ada penawarnya..

Sunday, February 15, 2009

Ti0maN...RinDu La..







rindu la nk snorkeling..
1st time aku snorkeling kat tioman..
actually aku nih x la minat mandi laut..
sbb bila air laut masuk dlm mata pedih beb..
since dh tgk ikan comel n colourful dlm ayaq laut time snorkeling rasa best la plak..heheh....
aku suka mandi ayaq terjun n pool ja..
hehhehehe..
ni ada la sket gambaq kenangan kat tioman dgn bdk2 cls time organize Le Tour de Tioman utk subjek psikologi dgn Dr Ahmad..
hehehe..

An- Nisa' = perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

personaliti & binatang dedah rahsia kamu mengikut tarikh lahir..

actually benda ni x semestinya betul...kalo sama dgn personaliti kamu may be adalah satu kebetulan..hehe..

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-29 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Monday, February 9, 2009

..hehe..


lalala..this my 1st entry..just wanna be a blogger..hahahaha