Blogger Backgrounds

Thursday, February 26, 2009

~~KhaSiat SesEtenGah Buah~~

Buah Kurma

Buah kurma itu hangat pada darjah yang kedua (kata orang-orang tua), dan ia merupakan sejenis buah yang sangat baik untuk kesihatan serta syahwat. Apabila memakannya di waktu pagi iaitu sebelum sarapan dansebelum memakan sesuatu yang lain, ianya dapat membunuh cacing didalam perut, apatah lagi jika selalu mengamalkannya.

Di samping sebagai buah untuk dimakan, kurma juga bersifat sebagai vitamin untuk menyuburkan badan, menghilangkan penyakit, serta enak dijadikan jus minuman. Kurma ‘ajwah (sesetengah orang memanggilnya kurma nabi) dikatakan sesiapa yang mengamalkan memakannya setiap hari, akan dapat menahan daripada terkena sihir. Tetapi kesan sampingannya ialah, membotakkan kepala jika dimakan setiap hari kerana ia lebih mahal dari kurma biasa :)


Anggur

Sejenis buah yang sangat bermutu, jika disifatkan ia buah, ia boleh dimakan sebagai buah, jika disifatkan ia ubat, bleh dimakan sebagai ubat. Jika disifatkan ia minuman, boleh juga dibuat minuman. Dalam semua keadaan ini, anggur ialah makanan yang sangat bagus dan menyihatkan tubuh.

Sebaik-baik anggur ialah yang banyak airnya dan besar biji didalamnya, yang putih (pudar) lebih baik dari yang hitam. Anggur yang disimpan beberapa hari lebh baik daripada yang baru dipetik.. Ia boleh melembutkan perut dan menguatkan badan.


Pisang

Sebaik-baik pisang ialah yang masak dan manis.

Khasiatnya ialah membersihkan dada (paru-paru) dan usus, juga dapat menyihatkan buah pinggang serta melawaskan pembuangan air kecil.

Pisang juga dapat menambahkan air mani, menggerakkan syahwat dan melembutkan perut. Seelok-eloknya dimakan sebelum memakan makanan lain. Contohnya, makanlah pisang terlebih dahulu sebelum memakan nasi.


Limau Kapas

Kulit limau kapas jika ditaruhkan dalam lipatan pakaian yang disimpan, akan mengelakkan pakaian dirosakkan bubuk atau serangga lainnya. Bau kulitnya jika dicium, akan membuang angin dan kotoran yang membawa wabak dalam tubuh.

Di bawah ini petua orang tua-tua:

Limau kapas apabila dimakan akan mengharumkan bau mulut dan jika dicampurkan dalam kari, akan menjadikan bahan-bahan dalam masakan itu cepat empuk.

Kulitnya jika dibakar, kemudian dicampurkan dengan airnya, disapu pada panau, mudah-mudahan akan hilang panau itu.

Air limau kapas sangat baik untuk menghilangkan loya tekak, menyembuhkan pitam dan menyejukkan perut yang panas. Juga berfaedah untuk menguatkan urat-urat dalam perut disamping menghilangkan dahaga. Pakaian yang terkena dakwat juga dapat dibersihkan dengan mudah menggunakan air perahan limau kapas.

(credit to www.pasirmas.co.cc)

No comments:

Post a Comment